Bahan Bantu Mengajar (BBM)
'FLOWER TOWEL'
Disini saya akan menunjukkan cara-cara untuk membuat satu gubahan bunga yang diperbuat daripada kain sapu tangan. Ikuti langkah-langkahnya di bawah...
1. Bahan-bahan yang diperlukan hanyalah getah gelang serta kain sapu tangan kecil. Untuk hasil yang lebih menarik, getah gelang tersebut boleh digantikan dengan reben atau benang kasar. Pastikan anda menggunakan dua sapu tangan yang berlainan warna atau corak untuk menampakkan hasil bunga anda.
2. Ambil satu sapu tangan dan lipatkannya seperti di dalam gambar. Kemudian, ikatkan getah gelang di tengah-tengah kain agar menjadi seperti di dalam gambar. Pastikan getah gelang diikat betul-betul ditengah kain supaya kelopak bunga anda sama besar.
3. Hasilnya, ikatan getah pada kain akan menjadi seperti ini. Seimbangkan ikatan di tengah-tengah kain adalah amat penting untuk mendapatkan kelopak yang sama besar.
4. Ambil satu sapu tangan berwarna lain dan gulungkan ia memanjang seperti berikut. Kemudian, gulungkan gulungan sapu tangan itu ke dalam supaya dapat hasil seperti di dalam gambar.
5. Kemudian, letakkan sapu tangan yang telah siap digulung ke atas kelopak bunga (sapu tangan merah). Kuncupkan kelopak bunga dan balutkan keseluruhan sapu tangan kuning ke dalam kelopak bunya merah.
6. Kemaskan kelopak bunga yang telah menutup sapu tangan kuning. Selepas itu, ikatkan satu getah gelang di tengah-tengah tutupan sapu tangan merah itu. Rujukan seperti di dalam gambar.
7. Bukak kelopak bunga dari atas dan kemaskan kelopak bunga yang telah dibukak. sentuhan terakhir amatlah penting untuk mendapatkan hasil yang memberangsangkan.
8. Tadaaaa... hasilnya telah siap !! Saya buat nampak tak cantik sangat sebab serinya datang kat saya. Saya yang cantik. Hahaha gabungan warna antara kelopak bunga dan isi dalamnya tidak cantik sangat. saya hanya menggunakan sapu tangan yang ada sahaja. #doorgiftdinnerdankendurikawen Kalau anda cukup kreatif, boleh gabungkan warna-warna sapu tangan yang sesuai untuk hasil bunga yang lebih menarik.
Comments
Post a Comment